Monday, December 5, 2011

TERENDAM...parkir pusat beli-belah dilanda banjir menyebabkan banyak kenderaan tenggelam
Kajang banjir besar! (sumber:hmetro)
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Naimah Mohamed
am@hmetro.com.my

KAJANG: Bandar Kajang lumpuh apabila ditenggelami air melebihi satu meter menyebabkan puluhan kenderaan tenggelam dan premis perniagaan dimasuki air selepas hujan lebat selama dua jam bermula jam 2.30 petang semalam.

Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, beberapa kawasan penempatan turut ditenggelami air yang dikatakan melanda secara mendadak bermula jam 3.30 petang menyebabkan sembilan penduduk Kampung Jalan Kelapa terpaksa dipindahkan. Antara kawasan lain yang turut terbabit Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kampung Sungai Kantan dan Jalan Sungai Jelok.


Berpuluh kenderaan yang diletakkan di ruang meletak kereta di tepi jalan dan di dalam kompleks beli-belah, Metro Kajang dilaporkan tenggelam, malah air turut masuk ke aras bawah kompleks itu menyebabkan peniaga serta orang ramai kelam kabut. Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan kira - kira jam 3.51 petang dan 20 anggota dari Balai Bomba Kajang dan Cheras digerakkan ke lokasi kejadian.


“Lima orang termasuk tiga warga emas yang terperangkap di dalam rumah di Kampung Sungai Kantan berjaya dikeluarkan manakala empat orang lagi termasuk dua wanita diselamatkan di kawasan Kampung Jalan Kelapa.


“Usaha menyelamatkan mangsa dilancarkan di tiga kawasan utama yang dinaiki air sehingga ke paras dada iaitu Kampung Sungai Kantan, Kampung Jalan Kelapa dan Pasar Kajang,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, berdasarkan maklumat penduduk Kampung Jalan Kelapa, kejadian banjir semalam terburuk sejak 40 tahun lalu di mana 12 buah rumah di situ tenggelam sepenuhnya.

Thursday, April 29, 2010

Islam Agamaku

Utk renungan bersama... Utk pengetahuan anda, terjemahan al-Quran & Hadith di bawah akan bertukar setiap hari..




Friday, May 30, 2008

Islam for the Non-Muslims & Muslims

Who Is Allah ?
Some of the biggest misconceptions that many non-Muslims have about Islam have to do with the word "Allah". Many people have come to believe that Muslims worship a different God than Christians and Jews. This is totally false...
<>

What Is the Purpose of Life ?
They say that a fool lives to eat and a wise man eats to live. But then the question remains: for what purpose does the wise man live? Living is not an end by itself. There has to be a purpose for man to live for...
<>

26 Jun 2007 Welcome Back To Islam – Profile of Yusuf Estes - Yusuf Estes
29 Mei 2007
Life After Death - WAMY
22 Mei 2007
The Concept of God in Islam - Pt 2 - www.islamreligion.com
22 Mei 2007
The Concept of God in Islam - Pt 1 - www.islamreligion.com
29 Mac 2007
What Is Islam? - www.islamia.com
3 Okt 2006
Ten Misconceptions About Islam -
3 Okt 2006
Revelation: Proof & Guidance - IOL Team
3 Okt 2006
The Story of Jesus, Son of Mary - By Marwa Elnaggar
18 Feb 2006
What Is The Purpose Of Life ? - Mostafa Malaekah - http://www.islam-guide.com/
18 Feb 2006
Allah (God) - beconvinced.com

Source: http://www.al-nidaa.com.my/papar.php?id=16&action=view

Ciri-ciri Orang Yang Berakal

Ciri-ciri orang yang berakal:

1. Menepati janji dengan Allah dan tidak memungkirinya.
2. Sentiasa memelihara silaturrahim.
3. Sentiasa takut kepada Allah dan hisab yang buruk pada Hari Kiamat.
4. Bersifat sabar dan sentiasa mengharap keredhaan Allah.
5. Mereka mendirikan salat.
6. Mereka menafkahkan sebahagian hartanya secara sembunyi atau terang-terangan.


Kesimpulan dari terjemahan (Surah Ar-Ra’d: 19-24):

(19) Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran.
(20) (iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian,
(21) dan orang-orang yang menghubungkan apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.
(22) Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan salat, dan menafkahkan sebahagian rezkinya yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),
(23) (iaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak-anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu,
(24) (sambil mengucapkan): "Salaamun ‘Alaikum Bimaa Shabartum", (keselamatan untukmu berkat kesabaranmu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.


Sumber: 25 Okt 2007 Ust Dr Abdullah Yasin
http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=273&action=view

Wednesday, May 28, 2008

Tarikh Luput Tong Gas

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku.
Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.


Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;
A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.


Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -
A utk March ( Suku pertama ),
B utk June (Suku kedua ),
C utk Sept ( Suku ketiga ), &
D utk December ( Suku keempat ).


2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan
Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.


Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa...

Sumber: diyanarazak86@yahoo.com

Never Sick Again


Berikut adalah beberapa tips utk mencegah dari sesuatu penyakit. Walaubagaimanpun, usaha perlulah ada kerana semuanya adalah dengan izin Allah swt...